Ali, dengan kerjasama ahli keluarganya telah merancang dan membina sebuah rumah yang cukup sempurna untuk seisi keluarganya. Rumah itu direka khas untuk memenuhi segala keperluan keluarga Ali. Sebua rumah yang susah payah dirancang selama bertahun-tahun. setiap bilik, setiap ruang adalah hasil gabungan idea-idea ahli keluarga yang begitu prihatin agar rumah itu menjadi yang terbaik untuk seisi keluarga.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Ali dan keluarganya telah disuruh untuk berpindah ke rumah sewa lama dan rumah baru mereka yang hampir siap itu pula akan didiami oleh saudara-saudara Ali. Malah ayahnya tetap dengan keputusan itu. Ali mesti pindah rumah sewa yang terletak jauh itu.

Walaupon arahan itu cuma secara lisan sahaja dan tidak lagi muktamad, tapi keputusan itu telah menganggu konsentrasi keluarga Ali. Mereka perlu risau pula dengan masa depan mereka yang tidak lagi cerah seperti dulu.

harapan untuk berpindah rumah baru tinggal harapan sahaja.

kini, semua kecewa.

kenapa bapa Ali tidak mengambil kira hak dan keperluan keluaga Ali, ataupun dia juga terpaksa mengambil keputusan itu atas desakan orang luar? Desakan orang luar yang dia tidak dapat menggelak lagi?

Masing-masing ada pelbagai alasan, tapi yang menjadi mangsa ialah Ali dan keluarganya.