Me, Just Me, Blog of Chang Gee Guan
23 Nov
Minggu Pertama Kursus Java
Minggu pertama telah berlalu. Sempat juga saya conduct one of the class.
Experience saya conduct kelas Java: Bosan.
huhu. Lecture kursus Java sangat basic dan penuh dengan teori. Pelajar-pelajar pon nampak sangat bosan sepanjang sesi kuliah. Mungkin mereka sudah mengetahui semua yang diajar. Satu lagi, pengurus makmal hendak merakam sesi kuliah untuk rujukan masa depan. Maka terpaksalah mengajar dengan penuh skema. Nak buat lawak pon, alamak, segala tindak tanduk saya dirakamkan. Malunya kalau ditayangkan kepada orang lain nanti. huhu. sangat tak best.
Sesi makmal ialah masa untuk berjalan. Jalan-jalan bantu pelajar. Penat kaki, sakit sampai peha. Tambah lagi pusat siber yang sejuk membeku. Bila balik dan baring, memang tak larat nak bangun semula. huhu. penatnya...
Nampaknya sesi makmal menjadi satu cabaran kepada para pelajar. Dengan lab assignment yang sangat banyak, masa yang terlalu singkat, ketahanan fizikal dan mental pelajar diuji pada tahap 200%. Ada yang siap sakit2 lagi. Ada juga yang sedikit menyesal menyertai kursus ini. Mampukah mereka bertahan? Kita tunggu dan lihat.
Bagi saya, pelajar yang mampu bertahan dan meharungi pelbagai rintangan kursus ini adalah bakal graduan yang akan berjaya di industri kelak. Selain kandungan kursus yang disediakan oleh orang-orang yang mempunyai pengalaman luas di industri, schedule kursus yang sangat ketat juga menyerupai keadaan sebenar berkerja di industri. Jadi pelajar sedikit sebanyak telah didedahkan kepada "feel of real working environment". Mereka seharusnya menggunakan pengalaman ini untuk mempersiapkan diri ke suasana kerja di industri yang lagi mencabar.
Akhir kata, nasihat saya kepada pelajar ialah: BE STRONG! Anda memilih untuk diseksa sedangkan anda boleh cuti rehatkan minda selepas peperiksaan akhir semester ini. Tuhan sangat adil, segala usaha keras anda mesti akan dibalas; mungkin bukan sekarang tapi pada masa hadapan.
And lastly, hargailah time study ini sebaiknya. You will miss these days when you are working in the future, like i did now. huhu.
GOOD LUCK and ALL THE BEST!
5 Responses for "Minggu pertama kursus Java"
yeah?
Never feel any regret when joining JAVA Stream .
Nobody force me to join and this is my own choice to get tortured by u guys . haha ..
I do think its worth with all the assignment every day .. Even though I cant finish all of em .. there are some of the students cant even do much like me even thought he/she already learn JAVA . So .. my worried is gone . Hehe ..
Thanks chang (and najwan too ) for your time to conduct this programme for us . Gonna do my best too !
im glad not from FTMK student hehehe
i love my holidays..wawawa
hahaha…
Kuwe – selamat bercuti
Odin – Glad ur doing ok in the course… Good Luck!
We glad to be FTMK student coz can polish our skill and can even learn more durin holiday.
Leave a reply