baru-baru ni ada ura-ura yang mengatakan FTMK diarahkan berpindah ke kampus bandar.
Asalnya ingat khabar angin je, tetapi perkara ini telah disahkan oleh timbalan dekan dan dekan fakulti sendiri. Huh?! :-x Kenapa kita kene pindah kampus bandar?! kan bangunan FTMK kat kampus tetap dah nak siap?!!! Saya tidak boleh terima langsung keputusan pengurusan tertinggi universiti. :cry:
Setelah bertemu dengan penolong pendaftar FTMK, saya mendapat tahu bahawa ini adalah arahan NC.
Alasannya suruh FTMK pindah ialah:
1. Universiti telah menyewa bangunan itu dengan nilai yang sangat tinggi tetapi tidak diguna pakai sepenuhnya.
2. FKEKK dan FKE sudah pon berada di kampus tetap, jadi tinggal 3 fakulti sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk berpindah ke kampus bandar. Since FKM dan FKP mempunyai mesin-mesin yang agak besar dan menggunakan ruang yang sangat luas, maka tidak boleh pindah ke sana. Jadi tinggal FTMK yang menjadi mangsa. huhu...
3. Sejak pusat pentadbiran kerajaan negeri berpindah ke Ayer Keroh, kawasan itu (kampus bandar) telah tidak aktif seperti dulu. Thats why UiTM pon disuruh pindah ke kawasan Hang Tuah itu. Maka sekiranya FTMK berpindah ke kampus bandar, kawasan itu akan "live" semula dengan student yang ramai di sana.

berapa ramai yang setuju dengan tindakan ini?

Alasan saya tidak setuju termasuklah:
1. distance, jarak kampus bandar yang terlalu jauh dengan kampus industri dan kampus tetap akan menyusahkan pelajar.
2. bayangkan pelajar yang ingin berurusan dengan bendahari, bahagian pengurusan akademik dan sebagainya, mereka terpaksa berulang alik antara fakulti dan kampus tetap nanti untuk menguruskan perkara-perkara tersebut. perkara ini menyusahkan pelajar!
3. FTMK di kampus tetap akan mempunyai 52 lab, bukan satu dua, tapi 52, muat ke kampus bandar untuk menempatkan 52 makmal? ini baru makmal, belum lagi bilik kuliah.
4. Apa akan terjadi kepada bangunan FTMK di kampus tetap yang hampir siap itu? bangunan itu direka dan dibuat khas untuk FTMK dimana ia akan mempunyai kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan FTMK sebagai fakulti teknologi maklumat.
5. adakah perpindahan FTMK ke kampus bandar the only solution yang boleh diambil untuk mengguna pakai sepenuhnya kampus bandar itu?

walau bagaimana pon, dekan kata perkara ini belum tetap selagi arahan bertulis belum dikeluarkan. dekan tentu akan berusaha untuk memastikan FTMK berpindah ke kampus tetap, bukannya kampus bandar! Well, sebagai warga FTMK yang setia, saya akan menjadi org pertama yang berdiri dibelakang dekan untuk sokongan! ;-)

apa yang pasti ialah jika perkara ini (FTMK di kampus bandar) benar-benar menjadi, sudah tentunya semua pelajar FTMK akan berbuat sesuatu, dan alumni FTMK juga tidak akan berdiam diri!