Dec 20, Saturday, last day of Java Stream Course

Happynya, akhirnya kursus ini menemui penghujungnya. Kepada para survivor, tahniah diucapkan. Terima Kasih banyak-banyak kerana telah sudi menjadi tikus putih kami. Kursus ini diadakan buat kali pertama sebagai esperimen, kami kena membuat pos motem yang detail selepas ini untuk melihat sama ada kursus ini betul-betul mencapai objektifnya.

berikut adalah ringkasan feedback dari para peserta kursus. Memang saya sudah jangka akan dapat feedback yang sedemikian rupa. haha.

  • Tempoh yang terlalu rush. Rata-rata peserta memberi feedback bahawa schedule kursus ini terlalu pack untuk mereka dan mereka tidak dapat ikut. Ada yang mencadangkan tempoh untuk projek dipanjangkan kerana terlalu singkat.
    Kepada para peserta, antara objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan suasana kerja yang sebenar di industri. Jika anda rasa masa terlalu singkat, kerja terlalu banyak, itulah keadaan sebenar di industri. Sekurang-kurangnya anda telah mempunyai pengalaman dan bersedia untuk industri
  • Kandungan kursus yang terlalu susah untuk "level" meraka. Rata-rata yang melabelkan diri mereka sebagai "pelajar kurang pandai" mengatakan bahawa kandungan kursus ini terlalu susah untuk mereka. Ada yang kata mereka hampir give up.
    Untuk makluman anda, kandungan kursus ini direka mengikut kehendak dan standard industri. Dan kursus ini bukan bertujuan untuk mengajar atau memberi pendedahan yang basic tentang Java tetapi bertujuan untuk memperkenalkan standard-standard yang digunakan oleh industri. Memang kami sedar bahawa kandungan kursus ini adalah sedikit susah tetapi untuk melahirkan graduan yang "industry Ready", kami terpaksa mengikuti standard tersebut.
  • Ada beberapa komen tentang makanan di kaferetia tidak memuaskan. Ada yang kata sudu dan garpu tidak bersih. Ada yang kata makanan terlalu mahal.
    Pihak fakulti telah mengusahakan yang terbaik untuk para pelajar dan soal makanan yang mahal dan kebersihan adalah diluar kawalan pihak fakulti. Takkan pihak fakulti kena memantau semua garpu dan sudu serta harga makanan setiap hari. huhu... Nasib baik mereka semua masih bersyukur kerana pihak fakulti menyediakan budget untuk makanan. Pelajar telah bayar Rm6000 (semua kursus) dan budget makanan ialah RM13K++ (tidak termasuk budget untuk print kupon, modules dan lain lain)
  • Ada juga yang kurang berpuas hati dengan perkhidmatan bas yang disediakan.
    Yang tu complainla ngan HEPA ye...
  • dan macam-macam lagi feedback mereka...
    Tergelak saya membaca...

Apa pun, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi feedback. segala cadangan anda akan kami pertimbangkan sebaik yang mungkin.

Disini saya juga ingin meminta maaf banyak-banyak sekiranya ada tindakan yang telah menyinggung perasaan mana-mana pihak atau pon apa-apa yang saya terlepas cakap. Minta maaf juga sekiranya ada antara anda yang rasa pengorbanan cuti anda untuk kursus ini tidak berbaloi... huhu... No body is perfect, including me. I do hope you all learn something from this course.

lastly, good luck for the coming sems!