Me, Just Me, Blog of Chang Gee Guan
10 Aug
Cadangan dan maklum balas Alumni FTMK, sejauh manakah pihak fakulti meneliti cadangan tersebut?
Genap setahun sudah sejak program "Alumni Give Back, Be Industry Ready" dijalankan di FTMK. Program inisiatif beberapa Alumni FTMK yang masih prihatin dengan FTMK. Walaupun program setengah hari itu sekadar program yang biasa-biasa, tapi pihak Alumni sangat gembira dapat berbalas budi FTMK yang telah mendidik kami.
Dalam program tersebut juga telah diadakan pertemuan dengan pihak pengurusan fakulti bersama alumni dan cadangan serta maklum balas dari bekas-bekas pelajar FTMK telah dibincangkan.
Malah pihak Alumni telah menyediakan laporan mengenai cadangan-cadangan itu untuk pertimbangan pihak fakulti.
Antara cadangan yang telah dikemukakan termasukkan:
1. Tempoh assigment perlu disingkatkan. Ini kerana pelajar perlu dilatih untuk biasa dengan 'tight schedule" yang menjadi rutin biasa dalam pekerjaan nanti.
2. Bengkel 1 perlu diubah semula kepada penggunaan perisian MFC, ataupun sekurang-kurangnya menukar cara pelaksanaan bengkel satu jika masih mengekalkan penggunaan perisian VB.NET. Kenapa kami memberi cadangan sedemikian? Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut dlm entry seterusnya.
3. pengenalan kepada "Framework" yang semakin popular di Industri.
dan banyak lagi cadangan yang diberikan.
setelah setahun belalu, hari itu kawan saya (salah seorang alumni yang menjadi "master mind" program itu) menanya kapada saya apakah yang telah berlaku kepada cadangan-cadangan tersebut?
Adakah cadangan Alumni sekadar atas meja dan atas kertas sahaja? Sejauh manakah pihak fakulti meneliti cadangan-cadangan tersebut? Apakah maklum balas pihak Fakulti?
Soalan yang saya tidak dapat jawab.
Mungkin saya akan meminta pandangan dekan terhadap cadangan-cadangan tesebut nanti.
6 Responses for "Cadangan Alumni FTMK"
yeahhh sokong waktu penghantaran assignment di pendekkan!!
in industry ada due date!! ada tu PM bagi hari ni..hari ni jugak dia nak!!!
n PM alwiz push..sgt tension..sbb xbiasa nak buat keje cepat2x..hah padan muka utk diri sendiri!! hahaha
haha….
but at least student UTeM still blh catch up cepat sebab mmg dah biasa keje byk. Cuma kita kena train mrk supaya dpt mengurus masa dengan lebih baik. Those yang suka buat assigment/project last minute… dah masuk industry baru menyesal… huhu
daripada pendekkn masa, apa kata bykkn asg. lagi seronok… let them noe the consequences of delay work. delay one task, delay la satu sem. jz drop it. wakakaka….
Wah wah wah, mentang2 budak tu dah lepas, suka hati je nak bg assigment byk byk… haha
If you need me to present about php framework .. maybe i can help ..
i’m using codeigniter … and can give a brief explanation about MVC approach and cms that is needed in malaysia market .
Thanks oDiN…
i’ll suggest to the faculty bout this
Leave a reply