bulan feb dan mac merupakan bulan yang kurang memberangsangkan memandangkan ketiadaan tuah bersama saya.

segalanya bermula dengan claim mengajar program Java Stream yang tidak lepas dari pihak bendahari. menurut pekeliling bendahari, saya tidak layak untuk menerima bayaran melebihi amount tertentu kerana saya bukan staff UTeM. Jadi bayaran untuk saya dan seorang lagi kawan saya tidak mendapat kelulusan pihak bendahari. huhu...
apa yang saya boleh buat, terima saja la... tapi pihak fakulti yang baik hati telah berjanji akan berusaha untuk memastikan saya dan kawan saya mendapat bayaran penuh. That means ntah bila saya akan dapat duit tersebut....

selepas sebulan mengajar, tibalah masa untuk claim gaji pensyarah sambilan saya. Saya rasa pelik kerana masih tidak dapat surat pelantikan dari pihak pendaftar. apabila tanya kepada pihak fakulti, rupa-rupanya mereka terlupa procedure untuk menghantar permohonan saya dan pensyarah sambilan lain kepada pihak pendaftar untuk diproses. then baru kami diberi borang untuk diisi. it will take some time for the process in pendaftar. so that means tak bolah claim lagi gaji pensyarah sambilan buat waktu terdekat.

wah... saya dah semakin miskin! huhu...

nasib malang saya sampai kemuncaknya pada 05/03/09. huhu. hari yang tersangat malang! saya tidak jumpa dompet saya dalam bilik pada pagi tersebut. Jadi saya ingat mungkin dompet saya tertinggal dalam lab kerana balik lewat malam itu. so saya terus bergegas ke cubic (berani juga saya bawa motor tanpa IC, lesen dsbgnya) tetapi tidak berjaya menemui dompet saya di lab. so saya membuat keputusan untuk balik dan mencari semula di rumah. Motor saya berhenti dekat roundabout MITC, rupa2nya abis minyak! wuwa.... then saya try call kawan saya tetapi tak dapat call. bila check credit, rupa-rupanya kredit saya tamat tempoh hari tu jugak! wuwaaaaa... kenapa semua berlaku serentak! then saya tolak motor dan letak dalam bangunan KWSP. lepas itu jumpa bas Tuah, tapi bila nak naik bas, baru saya sedar saya tiada sesen pon. so terus tak jadi naik, malunya~~.
saya jalan kaki dari MITC ke rumah di Taman Muzaffar Shah. Sampai rumah hampir pitam sebab tak makan langsung dari pagi. nasib malang saya berterusan apabila lepas makan malam kulit saya mula gatal2. mula-mula sikit tapi merebak seluruh badan menjelang 4am. huhu... since tak dapat tidor, saya terus mandi pagi2 buta. then 8am terus pegi klinik. doktor kata mungkin alergic atau kena gigitan serangga tapi tidak serius.

saya terus balik Sungai Buloh kerana tak tahan lagi dengan nasib malang saya itu.

this is what my mother told me bila saya menceritakan segala nasib saya kepadanya:
"Ini adalah ujian kehidupan, bersyukurlah dan berterima kasih kepada tuhan kerana tiada perkara yang lebih malang berlaku. dan sentiasa ingat akan kewujudan kuasa NYA. Always PRAY! "