Me, Just Me, Blog of Chang Gee Guan
23 Aug
Bengkel 1 - Saya tidak anti VB.NET
Sejak AJK Bengkel 1 menukar penggunaan perisian untuk pembangunan program bengkel 1 kepada VB.Net, saya tidak setuju dengan pengunaan tersebut. Sehingga ada yang tanya kenapa saya anti sangat dengan VB.Net.
Sebenarnya, saya tidak pernah anti atau tidak suka VB.Net. Saya tidak setuju dengan penggunaan mana-mana perisian yang mempunyai features seperti VB.Net. Apakah ciri-ciri perisian tersebut yang saya tidak suka? Sudah tentunya features drag-drop-configure yang terdapat dalam perisian tersebut.
Pertama sekali, kita kena melihat kepada objektif Bengkel 1 itu sendiri.
Dalam bengkel ini pelajar secara perseorangan dikehendaki membangun satu perisian aplikasi, mendokumenkan dan membentangkan aplikasi yang telah dibina. Penekanan diberi kepada kemahiran pelajar dalam membina aturcara.
Sumber: FTMK
Apa yang saya lihat ialah bila menggunakan perisian seperti VB.Net, pelajar suka menggunakan komponen-komponen seperti adapter yang terdapat perisian tersebut. Dengan beberapa langkah mudah sahaja, connection kepada database selesai dengan add, edit, dan delete features. Pelajar itu sendiri tidak tahu logic bagaimana atau apa yang sebenarnya berlaku!
Jika kita teliti kembali objektif Bengkel 1, adakah kemahiran pelajar untuk membina atucara tercapai? atau boleh kita anggap objektif ini tercapai sekiranya pelajar dapat membangunkan aplikasi dengan click-drag-drop-configure? Saya masih ingat dekan kata: "we want that at the end of workshop 1, every student should be able to code."
Bagi saya, penggunaan mana-mana perisian pun tidak menjadi masalah. Ini kerana yang beza hanyalah syntax bahasa pengatucaraan tersebut. Apa yang penting ialah pengetahuan logic untuk membangunkan sesuatu aplikasi. Jika pelajar terpaksa menaip coding, maka ini sedikit sebanyak akan meningkatkan kemahiran mereka untuk memikirkan logic dan membolehkan mereka untuk membuat coding serta mahir dalam penyelesaian masalah.
untuk bengkel semester ini, AJK bengkel telah membuat peraturan baru dimana pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan adapter dalam perisian VB.Net. Ini bermakna kini pelajar terpaksa membuat code secara manual tanpa menggunakan adapter-adapter yang ada. Langkah AJK bengkel ini sangat tepat dan harus diteruskan pada masa-masa akan datang.
Kepada penyelia-penyelia bengkel 1, mereka seharusnya memastikan pelajar betul-betul memahami logic dan cara-cara membuat coding dengan betul. Antara caranya termasuklah apabila pelajar demo sistem mereka, penyelia meminta mereka mengubah cara penyelesaian masalah. Jika pelajar buat cara A, suruh dia tukar buat guna cara B. Ini dapat membantu pelajar tersebut untuk memahami bukan satu tapi banyak cara penyelesaian masalah. Maka problem solving skills pelajar akan meningkat.
Kenapa saya tidak suka penggunaan features click-drag-drop-configure? Bukankah ia amat memudahkan pengguna untuk membangunkan sesuatu aplikasi dengan mudah dan cepat? Bagi saya, pelajar seharusnya dilengkapi dengan kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Pergantungan pelajar kepada features tersebut akan menjadikan mereka "application/technology oriented" dimana mereka akan bergantung 100% kepada perisian tersebut. Jika disuruh membangunkan aplikasi dengan perisian lain yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, mereka akan menghadapi masalah kerana tidak mahir dengan logic untuk menyelesaian masalah.
Maka kesimpulannya, saya bukan anti perisian VB.Net tetapi saya tidak setuju pelaksanaan bengkel 1 dengan menggunakan mana-mana perisian yang sama seperti VB.Net yang mempunyai ciri-ciri drag-drop-configure. Jika ia sekadar drag-drop untuk interface dan logic perlu buat sendiri seperti arahan AJK bengkel, saya akan sokong 100% tidak kira apa perisian yang digunakan.
ini adalah pandangan peribadi saya tak tidak bermaksud untuk mempertikai mana-mana pihak. Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung.
6 Responses for "Bengkel 1 – Saya tidak anti VB.NET"
Agree ..
Suppose they must know how to code manually and not using any IDE at all .
Jangan jatuhkan standard UTeM IT Student ..
kata – kata seorang student yang terpaksa membuat project guna VB.net .. heh
sgt2 setuju.dulu benda2 mcm ni xdiberi penekanan sgt oleh lect2 atau penyelia bengkel..
so, skrg baru rasa rugi sbb xdpt kuasai programming dgn baik
boleh bilang berapa org je yang betul2 boleh buat application fully coding dan betul2 memahami logic a-z
hahaha…chang sudah bersuara…
agak setuju la gak..
sebab dgn basic programming yg kukuh, baru la boleh guna apa2 programming tools dgn lebih berkesan.
tak caya?… sila2lah percaya…
n satu lagu nak tambah…
masa interview ntuk apa2 projek(bukan projek yg pesyarah bg…ni projek betui)…interviewer akan tanya sumer benda basic…
cemana nak buat aggregation dlm kod java…composition…
cemaner nak panggil metadata dari table gun a java code…
mcm2 laaa…
so…kesimpulan disini adalah….kukuhkan basic masing2…baru pikir psl guna tools…sekian
Yes.. looks like UTeM student makin lama makin dimanjakan.. huhu
Masa first two batches, kita diarahkan utk gunakan MFC (Microsoft Foundation Class). Isk isk.. dah la tak ada kelas, kena explore sendiri.. but in the end, kita tahu how the program works.
Good comment. i support
I bookmarked it…
Without remorse I can say that this is one of my favourite web site list….
Leave a reply