Me, Just Me, Blog of Chang Gee Guan
18 Nov
Tomorrow starts the Infosys Foundation Program and Java Stream Course.
This time i am involved in both programs and this is going to be very busy time for me.
Wish me luck guys!
17 Nov
It had taken few days for me to update (reinstall, configure, write etc etc) my home page.
Its on Java articles and tutorials i wrote from time to time. I'll try to update as frequently as i can. (depands how much free time i have also)
feel free to visit My Java Articles
4 Nov
Beberapa minggu yang lepas telah berlangsung pilihan raya kampus.
Saya bukan berminat dengan siapa yang menang atau kalah, malah bukan hendak mempertikaikan pelaksanaan sistem e-undi di pilihan raya kampus, tetapi ingin kongsi sedikit pandangan peribadi tentang sistem e-undi secara keseluruhannya.
Ada beberapa persoalan yang timbul dengan pelaksanaan sistem e-undi.
1. Adakah undi anda rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Adakah undi anda rahsia?
Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.
Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
e-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang dihantar oleh pengguna di-encrypt ke bentuk yang tidak boleh dibaca oleh orang luar. Ini penting untuk menjaga data integrity supaya data yang pengguna hantar selamat disimpan tanpa diubahsuai.
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Selain aspek keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian, perlu ada makanisme disaster recovery dimana sekiranya berlaku sebarang bencana (cth server down, database corrupt, black-out dsbg),tempoh masa yang diambil untuk recovery mestilah singkat. Selain itu, segala data mestilah sama seperti dalam keadaan yang sebelum berlakunya bencana tersebut. Data availability dalam sistem e-undi adalah kritikal.
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dengan teliti dalam pelaksanaan sistem e-undi.
Mungkin perkara-perkara yang disentuh tidak kritikal untuk sistem e-undi pilihan raya kampus, tetapi untuk membangunkan sistem e-undi yang betul-betul selamat dan reliable, perkara-perkara tersebut perlu diambil serius oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut.
Akhir kata, apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ia tidak bermaksud untuk mempertikaikan mana-mana sistem e-undi atau mana-mana pihak. Saya memohon maaf sekiranya ada perkara yang saya tersilap.
Recent Comments