me, just me

Me, Just Me, Blog of Chang Gee Guan

Archive for August, 2008

Merdeka!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-51

  • 0 Comments
  • Filed under: my posts
  • Power of Prayer

    When it seems we have no resource, we can always pray

    Coming to believe that a Higher Power can help us and relieve us of our worry may take time, if we have spent years trying to stop someone's drinking or worrying about how to keep the family together.

    From others in this program, we can learn the steps to take. Becoming willing to pray is the first one.
    We'll soon discover that the power of prayer is awesome.
    Here are six compelling reasons why:

    • Prayer promises relief, when we are anxious.
    • Prayer connects us with our Higher Power, when we feel isolated and full of fear.
    • Prayer frees our minds from the obsession to plan other people's lives.
    • Prayer helps us take action, when we feel compelled to change the circumstances of our lives.
    • Prayer becomes a wonderful resource to draw on, when living through our painful moments.
    • Prayer gives us the willingness to accept God's solution for every problem that plagues us.

    I'll utilize prayer today at every time I wonder what should I do.

  • 0 Comments
  • Filed under: my posts
  • Cooliris ~ Cool Firefox addon

    Cooliris ~ Cool Firefox addon

    Found this add-on for Firefox yesterday.
    Very impressive and interesting.
    Imagine you can view all the pictures in a very eye catching way!

    Cooliris

    Cooliris

    The add-on can be downloaded from here

    Give it a try, you might like it. It works with google, youtube, friendster facebook and etc etc.

    some screen capture:

    Image search from Google

    Image search from Google

    Cooliris (piclens) interface

    Cooliris (piclens) interface

    Cooliris showing videos search from youtube

    Cooliris showing videos search from youtube

    This site also have other products which can be found here

  • 2 Comments
  • Filed under: my posts
  • Berkursus…

    Kursus: Introduction to ArcGIS Server
    Tarikh: 25-26 Ogos 2008
    Tempat: ESRI Malaysia, Bandar Sunway.

    Sinopsis: Pengalaman yang tak best. bukan sebab kursus tak ok, tapi nasib sy yang malang selama 2 hari tu... huhu.

    Ahad, 24 Ogos 2008
    12.00pm bertolak dari rumah ke Melaka Central.
    1.00pm naik Metro Bus dan bertolak ke KL.
    3.30pm sampai Pudu Raya. huhu. trafik jam dari tol sungai besi sampai pudu raya. time urgent macam tu pulak nak trafik jam (dah lama tahan nak ke tandas). sampai je pudu, terus lari ke tandas. huhu...
    jalan kaki ke stesyen Komuter Kuala Lumpur. Beli tiket ke Setia Jaya dan tunggu train.
    4.30pm sampai Setia Jaya, ni kali pertama sampai melalui train. then dlm hujan renyai2 itu jalan kaki ke Dataran Mentari utk cari hotel Sun Inns yang telah kami book b4.
    5.00pm setelah jumpa Hotel Sun View, Hotel Romeo Inns, akhirnya jumpa juga Hotel Sun Inns yang kami book. huhu. Checked in. masuk bilik. Keciknye bilik dia... sangat jauh beza dari website dia. haha. takpela, nak tido 2 malam je kat sana.
    5.30pm sangat lapar so ke restoran Indonesia kat blakang utk makan. order nasi ayam penyek dan milo ais = RM13.45. huhu...
    6.00pm rehat kat bilik hotel, sempat tengok cite home alone kat star movies.
    10.00pm, rasa lapar lg, so turun ngan kawan nak cari kedai mamak, tapi masih hujan... so makan kat McD depan hotel.
    12.00am. tido. (awalnya. haha, dah takde ape nak buat)

    Isnin, 25 Ogos 2008
    6.00am bangun dan mandi,bersiap.
    8.00am turun sarapan. since dah takde masa dan malas nak cari kedai, so sarapan kat McD je. huhu...
    8.30am habis sarapan, jalan kaki ke bangunan Leisure Commerce Center dimana ESRI Malaysia berada. lepas sampai bangunan itu, malas pulak nak cari blok 4A. so sy tanya pak gad yg bertugas, dia tunjuk depan sy ngan muka sposen. Cis, rupa2nya sy mmg berdiri depan blok A4. dah tulis besar2 kat sana tak perasan. patutla pakgad tu sengih je. huhu.
    9.00am akhirnya sampai juga ESRI Malaysia. Training started. PC yg saya guna byk pulak masalah. software ArcGIS server tak dapat run, so kene re-install. pas tu still tak ok jugak. huhu. then the trainer installed a virtual OS dan suruh sy run software tu dlm virtual machine tu.
    Ade juga traning center itu menyediakan breakfast, nasi lemak pula tu. huhu... menyesal sarapan kat McD. cis cis
    1.00pm lunch time. kuar bangunan tu cari tempat makan, jalan2 tak jumpa. so dengan kecewanya balik ke bangunan tersebut, baru perasan ade food court kat sebelah lg bangunan itu. huhu... nape tak perasan awal2, sia-sia je jalan sini sana.
    5.00pm habis training first day. balik hotel dan berehat.
    8.30pm turun makan. (terpaksa pinjam duit roomate coz dah takde duit langsung pas bayar deposit hotel rm400)
    9.00pm martin called. dia kata tempat diaorg LI tu dekat je ngan hotel yg saya tinggal and ade atm kat 7-e sebelah kedai minyak Shell. walked there and withdraw my money. Martin ngan Farhan turun jumpa sy. then sy lepak bersama mrk kat kedai makan. lepas itu mrk ajak sy naik tempat mrk. wah, mmg tinggal dlm office rupa2nya budak2 tu. haha. mrk suruh sy lepak sana mlm tu dan siap pasang projector nak tayang movie yg mrk download. sy yg letih setuju je, tapi lbh kurang 2-3 minit tengok movie tu, terus tertido. haha.

    Selasa, 26 Ogos 2008
    6.45am bangun dan bergegas balik ke hotel.
    8.30am check out dr hotel dan terus ke training center utk day-2 punya course.
    9.00am sampai training center. hari ni tak sarapan sebab dah tau ade morning break. haha. so time kelas asyik tengok belakang je (tunggu saparan sampai).
    11.00am akhirnya sarapan sampai. aik?! hari ni sandwich je? huhu... cam terasa tertipu je... haha. padan muka sendiri.
    1.00pm lunch time. hari dah tau dah mana nak makan, so takdela jalan cni sana. tapi time tu tengah hujan. dlm kedai pulak penuh. so terpaksa duduk luar. walaupun ade payung, tapi basah juga sebab air hujan menitis antara payung itu. huhu. the worse lunch experience in my life. huhu.
    5.00pm akhirnya, habis kursus. yeah blh balik dah. so terus ke ktm station.
    6.00pm setelah hampir 1 jam menunggu, akhirnya train yg sarat ngan penumpang sampai. mula2 give up je sebab langsung takleh masuk. but lepas tu kami masuk secara paksa... hahaha... tolak tolak.
    7.00pm, sampai pudu raya and setelah 1 jam menunggu, balik melaka naik bas transnational.
    10.00pm, sampai juga kat umah. mandi, then sempat juga chat kejap.
    12.00am (27 Ogos 2008) tido. bila celik dah kul 1.30pm dan tengah hujan. still nak pegi lab ke? err... baik sy tido balik je... haha

  • 0 Comments
  • Filed under: my posts
  • Bengkel 1 - Saya tidak anti VB.NET

    Sejak AJK Bengkel 1 menukar penggunaan perisian untuk pembangunan program bengkel 1 kepada VB.Net, saya tidak setuju dengan pengunaan tersebut. Sehingga ada yang tanya kenapa saya anti sangat dengan VB.Net.

    Sebenarnya, saya tidak pernah anti atau tidak suka VB.Net. Saya tidak setuju dengan penggunaan mana-mana perisian yang mempunyai features seperti VB.Net. Apakah ciri-ciri perisian tersebut yang saya tidak suka? Sudah tentunya features drag-drop-configure yang terdapat dalam perisian tersebut.

    Pertama sekali, kita kena melihat kepada objektif Bengkel 1 itu sendiri.

    Dalam bengkel ini pelajar secara perseorangan dikehendaki membangun satu perisian aplikasi, mendokumenkan dan membentangkan aplikasi yang telah dibina. Penekanan diberi kepada kemahiran pelajar dalam membina aturcara.

    Sumber: FTMK

    Apa yang saya lihat ialah bila menggunakan perisian seperti VB.Net, pelajar suka menggunakan komponen-komponen seperti adapter yang terdapat perisian tersebut. Dengan beberapa langkah mudah sahaja, connection kepada database selesai dengan add, edit, dan delete features. Pelajar itu sendiri tidak tahu logic bagaimana atau apa yang sebenarnya berlaku!

    Jika kita teliti kembali objektif Bengkel 1, adakah kemahiran pelajar untuk membina atucara tercapai? atau boleh kita anggap objektif ini tercapai sekiranya pelajar dapat membangunkan aplikasi dengan click-drag-drop-configure? Saya masih ingat dekan kata: "we want that at the end of workshop 1, every student should be able to code."

    Bagi saya, penggunaan mana-mana perisian pun tidak menjadi masalah. Ini kerana yang beza hanyalah syntax bahasa pengatucaraan tersebut. Apa yang penting ialah pengetahuan logic untuk membangunkan sesuatu aplikasi. Jika pelajar terpaksa menaip coding, maka ini sedikit sebanyak akan meningkatkan kemahiran mereka untuk memikirkan logic dan membolehkan mereka untuk membuat coding serta mahir dalam penyelesaian masalah.

    untuk bengkel semester ini, AJK bengkel telah membuat peraturan baru dimana pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan adapter dalam perisian VB.Net. Ini bermakna kini pelajar terpaksa membuat code secara manual tanpa menggunakan adapter-adapter yang ada. Langkah AJK bengkel ini sangat tepat dan harus diteruskan pada masa-masa akan datang.

    Kepada penyelia-penyelia bengkel 1, mereka seharusnya memastikan pelajar betul-betul memahami logic dan cara-cara membuat coding dengan betul. Antara caranya termasuklah apabila pelajar demo sistem mereka, penyelia meminta mereka mengubah cara penyelesaian masalah. Jika pelajar buat cara A, suruh dia tukar buat guna cara B. Ini dapat membantu pelajar tersebut untuk memahami bukan satu tapi banyak cara penyelesaian masalah. Maka problem solving skills pelajar akan meningkat.

    Kenapa saya tidak suka penggunaan features click-drag-drop-configure? Bukankah ia amat memudahkan pengguna untuk membangunkan sesuatu aplikasi dengan mudah dan cepat? Bagi saya, pelajar seharusnya dilengkapi dengan kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Pergantungan pelajar kepada features tersebut akan menjadikan mereka "application/technology oriented" dimana mereka akan bergantung 100% kepada perisian tersebut. Jika disuruh membangunkan aplikasi dengan perisian lain yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, mereka akan menghadapi masalah kerana tidak mahir dengan logic untuk menyelesaian masalah.

    Maka kesimpulannya, saya bukan anti perisian VB.Net tetapi saya tidak setuju pelaksanaan bengkel 1 dengan menggunakan mana-mana perisian yang sama seperti VB.Net yang mempunyai ciri-ciri drag-drop-configure. Jika ia sekadar drag-drop untuk interface dan logic perlu buat sendiri seperti arahan AJK bengkel, saya akan sokong 100% tidak kira apa perisian yang digunakan.

    ini adalah pandangan peribadi saya tak tidak bermaksud untuk mempertikai mana-mana pihak. Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung. ;-)

  • 6 Comments
  • Filed under: my posts
  • My Blog in Mobile

    Calendar

    February 2012
    M T W T F S S
    « Mar «-»  
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    272829  

    My Java Articles

    Giveaway of the Day

    Giveaway of the Day

    Facebook Widget

    About Me

    Chang Gee Guan
    Name: Chang Gee Guan
    A not Chinese or Indian looking Chinese-Indian mixed guy.
    Born on 28 August 1982.
    Currently Studying Master of ICT at UTeM

    Signature

    Blog Stats

    Visits today: 48
    Total visits: 17198
    Visitors online: 4
    This month visits: 90
    Since : July 2, 2008
    OS:
    Top OS: Windows XP
    Browsers:
    Top Browser: Page: Home

    me, just me - MoFuse

    What you want to say?

    blogexplosion

    Live traffic feed