Me, Just Me, Blog of Chang Gee Guan
31 Jul
01-08-08 Penentuan Nasib FTMK
Pengurusan Tertinggi UTeM akan bermesyuarat pada 01-08-2008 jam 10.00am untuk membincangkan dan membuat keputusan sama ada FTMK akan berpindah ke kampus tetap atau kampus bandar.
Rata-rata pensyarah dan pelajar FTMK tidak mahu berpindah ke kampus bandar, maka pada mesyuarat itu, dekan FTMK akan membawa 2 petisyen bantahan berpindah ke kampus bandar. (satu dari para pensyarah dan satu lagi dari para pelajar) untuk the final battle. Para pensyarah mengemukan 14 alasan manakala para pelajar 17 alasan untuk tidak bersetuju berpindah ke kampus bandar.
Walau apa pon keputusan pengurusan tertinggi UTeM, semua warga FTMK terpaksa akur dan terima, sebab itu memang arahan tertinggi yang perlu dipatuhi.
Tapi semua memang mengharapkan pihak pengurusan tertinggi UTeM akan menimbangkan alasan-alasan tersebut dengan sewajarnya dengan mengambil kira keperluan pelajar. Hak pelajar tidak harus dinafikan juga.
marila kita sama-sama berdoa agar keputusan akan berpihak kepada FTMK. Tidak kira apa pon, FTMK kene berpindah dalam masa terdekat ini, semoga perpindahan itu adalah ke kampus tetap, bukannya kampus bandar.
29 Jul
if FTMK have to be in city campus
IF, FTMk is really fated to move to city campus, what should the students ask from the university?
i) pejabat bendahari must have their branch at the city campus.
ii) bahagian pengurusan akademik need to have their branch there too.
iii) FTMK student's hostel must be in the town area near to city campus.
iv) a library for FTMk students at city campus.
v) a dedicated network for FTMK in city campus. (taknak melalui proxy utem yg lambat)
vi) enough labs as planned in the main campus building.
vii) all lecturers should travel to city campus for lecture. (means students doesnt need to go to main campus)
viii) only FTMK should be there, others pegi main campus. haha
ix) dont blame FTMK students if they dont join any programs in main campus since its too far...
what else to ask for arr??? leave ur comments here.
if all these request are fulfilled, then city campus will be jajahan kerajaan FTMK. haha.
if in the future UTeM is known through city campus and not the main campus, the management should prepare for it. Haha
27 Jul
Programming contest is coming again in FTMk this year.
seperti biasa, pihak penganjur meminta saya tolong carikan salah seorang penceramah untuk event hari itu. Penceramah perlu bercakap tentang programming dan audience pula ialah pelajar-pelajar tahun satu FTMK. maka penceramah perlu menyuntik semangat dan minat pengatucaraan terhapad para pendengarnya.
Biasanya saya suka panggil salah seorang kawan baik saya kerana dia memang seorang penceramah yang baik. Tapi kali ni tidak jadi sebab bukan dia saje taknak datang, malah pihak fakulti pon sudah "bosan" menjemput dia. (dia dah 3 kali bagi ceramah kat FTMK, haha).
Well, setelah tanya sana cini, akhirnya salah seorang kawan saya setuju untuk datang bagi ceramah pada 2 Ogos nanti. Dia berjanji akan cuba memberi keyakinan serta cuba mengatasi "fobia" pelajar terhadap programming melalui pengalaman dia. ok set! everything is done, resume dia pon dah dihantar ke pihak penganjur.
Then minggu lepas saya terima panggilan dari pihak penganjur, katanya mereka terpaksa menolak kawan saya yang ingin datang bagi ceramah itu kerana sudah ada calon yang lebih sesuai. Meraka telah memberi alasan yang sangat tidak rasional dan alasan itu sangat tidak matang bagi saya.
"dia bukan dari BITS." -- alasan yang mereka bagi kepada saya. Memang benar kawan saya itu bukan bekas pelajar BITS FTMK. Kenapa saya kata alasan ini sangat tidak matang? pertama, saya sendiri tahu topik ceramah adalah berkaitan dengan programming, maka saya memang akan memastikan siapa-siapa yang saya panggil boleh bercakap mengenainya. Resume kawan saya ada dengan pihak penganjur, kenapa mereka tidak mengambil kira pengalaman kerja dia sebagai Programmer/Developer? Adakah dia tidak layak memberi ceramah kerana dia bukan dari BITS walaupon pengalaman kerja dia sebagai Progrmmer/Developer? Kawan saya itu dah banyak handle projek serta mempunyai pengalaman membangunkan projek di luar negara.
mungkin bagi mereka itu alasan yang paling senang untuk diberi. tapi ia jelas menunjukkan mereka langsung tidak profesional dan rasional. Kalau mereka memberi tahu saya bahawa mereka telah mempunyai calon yang lebih sesuai, saya tidak akan sedih. Kenapa perlu cakap kawan saya itu bukan dari BITS? ini seolah-olah mereka tidak mengiktiraf keupayaan kawan saya itu sebagai seorang programmer ataupon meragui keupayaannya berceramah tentang topic itu!
mungkin mereka ada alasan sendiri untuk mencari penceramah lain. tapi walau macam mana pon, tak perlulah bagi alasan dia bukan dari bits. Alasan yang mudah. Alasan yang diberi tanpa berfikir dulu. haha...
ini adalah pandangan peribadi saya tak tidak bermaksud untuk mempertikai mana-mana pihak. Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung.
25 Jul
baru-baru ni ada ura-ura yang mengatakan FTMK diarahkan berpindah ke kampus bandar.
Asalnya ingat khabar angin je, tetapi perkara ini telah disahkan oleh timbalan dekan dan dekan fakulti sendiri. Huh?!
Kenapa kita kene pindah kampus bandar?! kan bangunan FTMK kat kampus tetap dah nak siap?!!! Saya tidak boleh terima langsung keputusan pengurusan tertinggi universiti. ![]()
Setelah bertemu dengan penolong pendaftar FTMK, saya mendapat tahu bahawa ini adalah arahan NC.
Alasannya suruh FTMK pindah ialah:
1. Universiti telah menyewa bangunan itu dengan nilai yang sangat tinggi tetapi tidak diguna pakai sepenuhnya.
2. FKEKK dan FKE sudah pon berada di kampus tetap, jadi tinggal 3 fakulti sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk berpindah ke kampus bandar. Since FKM dan FKP mempunyai mesin-mesin yang agak besar dan menggunakan ruang yang sangat luas, maka tidak boleh pindah ke sana. Jadi tinggal FTMK yang menjadi mangsa. huhu...
3. Sejak pusat pentadbiran kerajaan negeri berpindah ke Ayer Keroh, kawasan itu (kampus bandar) telah tidak aktif seperti dulu. Thats why UiTM pon disuruh pindah ke kawasan Hang Tuah itu. Maka sekiranya FTMK berpindah ke kampus bandar, kawasan itu akan "live" semula dengan student yang ramai di sana.
berapa ramai yang setuju dengan tindakan ini?
Alasan saya tidak setuju termasuklah:
1. distance, jarak kampus bandar yang terlalu jauh dengan kampus industri dan kampus tetap akan menyusahkan pelajar.
2. bayangkan pelajar yang ingin berurusan dengan bendahari, bahagian pengurusan akademik dan sebagainya, mereka terpaksa berulang alik antara fakulti dan kampus tetap nanti untuk menguruskan perkara-perkara tersebut. perkara ini menyusahkan pelajar!
3. FTMK di kampus tetap akan mempunyai 52 lab, bukan satu dua, tapi 52, muat ke kampus bandar untuk menempatkan 52 makmal? ini baru makmal, belum lagi bilik kuliah.
4. Apa akan terjadi kepada bangunan FTMK di kampus tetap yang hampir siap itu? bangunan itu direka dan dibuat khas untuk FTMK dimana ia akan mempunyai kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan FTMK sebagai fakulti teknologi maklumat.
5. adakah perpindahan FTMK ke kampus bandar the only solution yang boleh diambil untuk mengguna pakai sepenuhnya kampus bandar itu?
walau bagaimana pon, dekan kata perkara ini belum tetap selagi arahan bertulis belum dikeluarkan. dekan tentu akan berusaha untuk memastikan FTMK berpindah ke kampus tetap, bukannya kampus bandar! Well, sebagai warga FTMK yang setia, saya akan menjadi org pertama yang berdiri dibelakang dekan untuk sokongan!
apa yang pasti ialah jika perkara ini (FTMK di kampus bandar) benar-benar menjadi, sudah tentunya semua pelajar FTMK akan berbuat sesuatu, dan alumni FTMK juga tidak akan berdiam diri!
23 Jul
-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Recent Comments