01-08-08 Penentuan Nasib FTMK
Pengurusan Tertinggi UTeM akan bermesyuarat pada 01-08-2008 jam 10.00am untuk membincangkan dan membuat keputusan sama ada FTMK akan berpindah ke kampus tetap atau kampus bandar.
Rata-rata pensyarah dan pelajar FTMK tidak mahu berpindah ke kampus bandar, maka pada mesyuarat itu, dekan FTMK akan membawa 2 petisyen bantahan berpindah ke kampus bandar. (satu dari para pensyarah dan satu lagi dari para pelajar) untuk the final battle. Para pensyarah mengemukan 14 alasan manakala para pelajar 17 alasan untuk tidak bersetuju berpindah ke kampus bandar.

Walau apa pon keputusan pengurusan tertinggi UTeM, semua warga FTMK terpaksa akur dan terima, sebab itu memang arahan tertinggi yang perlu dipatuhi.

Tapi semua memang mengharapkan pihak pengurusan tertinggi UTeM akan menimbangkan alasan-alasan tersebut dengan sewajarnya dengan mengambil kira keperluan pelajar. Hak pelajar tidak harus dinafikan juga.

marila kita sama-sama berdoa agar keputusan akan berpihak kepada FTMK. Tidak kira apa pon, FTMK kene berpindah dalam masa terdekat ini, semoga perpindahan itu adalah ke kampus tetap, bukannya kampus bandar.